Hijriah Hari Ini

Thursday, May 7, 2009

7 MEI HITAM dan MANIS

Hari ini dalam sejarah. 07 Mei 2009

Hari ini berlakunya sejarah hitam buat MALAYSIA.Peristiwa ketamakan BN merampas DUN Perak.2 MB dan 2 SPEAKER.

Hari ini juga 07 Mei 2009 hari manis buat aku kerana aku menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke 14.

Disebabkan krisis politik yg berlaku di Perak buat aku terlupa .Ya aku orang Perak. Bahawasanya hari ini masjid yg aku bina hari ini telah mencapai usia genap yg ke 14.Nasib baik isteri aku ucapkan kata2 manis melalui khidmat pesanan ringkas.Jadi masih belum terlambat utk aku meraikannya bersama keluarga.

Bulan depan awal Jun isteri aku bakal melahirkan anak yg ke 6.Aku berdoa agar beliau selamat
melahirkan zuriat.Aku bermohon pada mu ya Allah agar kami sekeluarga mendapat keredhaan mu.Ya Allah selamatkan umat-umat Islam dan rakyat Malaysia dari kezaliman manusia durjana yg merosakkan muka bumi mu ya Allah.

Amin.Ya Rabbal A'lamin.

1 comment:

sheikh teluk intan said...

Salam Huri,

Pak Sheikh suka entri-entri blog ini. Pak Sheikh akan linkkan blog ini dalam blog list pak sheikh.
Teruskan perjuangan .Takbir!!!!