Hijriah Hari Ini

Friday, May 1, 2009

Selamat Semua Pekerja


Hari ini 1 Mei semua org tau adalah hari cuti sempena Hari Pekerja.Oh ya.Hari ini juga adalah hari ulangtahun perkahwinan aku dan isteri yg ke 14 dan juga bakal menimang cahaya mata yg ke 6 awal bulan 6.
Jadi aku mengucapkan dan mendoakan agar kita semua sentiasa tekun dan
tingkatkan semangat dan kualiti kita.

Tema aku "SELAMATKAN PEKERJA"

Aku pula hari ini kena OT sbb aku kena siapkan design mold aku.Kalau tak
nnti aku kena taruk lepas tu sakit telinga dan hati aku kene leter.Syukur Alhamdullilah
bulan depan aku boleh claim OT.

Aku rasa simpati kpd mereka2 yg terpaksa diberhentikan perkhidmatan.Aku pun tak tau
apa jaminan kerajaan kpd nasib pekerja kilang mcm aku dan yg lain2.
Setiap tahun menjelang pembentangan belanjawan takda yg happy buat kami semua.Hanya kakitangan awam dan pencen saja yg dpt menikmati kemudahan.Manakala PDRM pulak asyik nk menghabiskan duit2 pembayar cukai.Tiap2 malam buat road block.Yg jadi mangsa adalah penunggang motosikal terpaksa berhenti dan kena tunjuk lesen,cukai jalan dan semua kena periksa.Bulu hidung pun dia org nk tengok.Apa ke jadah...........

Beban bertambah setaip tahun kerana terpaksa menanggung hutang beban kerajaan yg memerintah Malaysia secara rakus.Pelbagai projek yg dibuat tetapi tidak mendatangkan kemudahan utk rakyat sebaliknya yg untung adalah orang2 yg dapat projek saja.Yg bagi projek pulak emm tak tau le aku.

Aku tak tau apa menteri buat untuk mengurangkan beban pekerja swasta dan rakyat. Slogan Najib 'satu Malaysia' dan rakyat didahulukan tetapi hanya ungkapan semata.Rakyat tetap juga "diakhirkan"(you are still the last).Rakyat yg didahulukan adalah mereka yg bergelar kontaktor dan datuk2 saja.

Wahai PM tolong le bangun dari mimpi kamu.Tilam kamu empuk.Rumah kamu besar.Isteri kamu besar.Kekakayan kamu berlimpah ruah.Adakah kamu sedar raktat kamu masih ada yg tinggal dlm pondok usang.Makan tidak menentu.



( MAHLIGAI RAKYAT - RUPIAH=BERJUTA)



(MAHLIGAI PM - RM=BERJUTA)

Apa yg kamu impikan jawatan dahpun kau dapat.Jadi jalankan tanggungjawab kamu sebagai PM penuh amanah iaitu amanah yg Allah SWT berikan kpd kamu.Kekayaan kamu hanya sementara.Esok lusa kita tau tau nasib kita.
Kamu ada otak,kamu fikir dengan akal yg waras.Jangan nafsu kamu gunakan sebagai pegangan.
Tak tau, belajar jangan sombong.Bertaubat sekiranya kamu rasa banyak buat dosa.Kalau takda takpa le.

Sekiranya kamu tidak menjalankan amanah dgn adil maka kamu akan dihina hingga selama-lamanya.

No comments: