Hijriah Hari Ini

Monday, May 11, 2009

Pak Cik Yg Tertipu

(NAJIB dipeluk warga emas, Hamzah Bakar, 74, ketika tiba pada Mesyuarat Kelompok Cawangan Umno Bahagian Pekan, semalam.)

(Najib mahu perubahan ikut persekitaran politik semasa :PM

PEKAN: Umno perlu membuat perubahan dalam pendekatan berpolitik untuk terus kekal relevan dan mendapat sokongan rakyat, terutama di kalangan generasi muda pasca kemerdekaan, kata Datuk Seri Najib Razak.)

Pakcik tu masa muda beliau mungkin la agaknya terhutang budi dgn Tun Abd Razak kut.Tu yg peluk anak Tun sambil muncung agak panjang.
Wahai pakcik,perjuangan ubn telah lama terpesong.Mereka hanya mementingkan harta kekayaan memihak kepada mereka saja.Golongan pekerja kilang,penoreh getah,petani,nelayan masih tidak terbela.Rakyat yg miskin terpaksa meminta bantuan.Apakah fungsi kementerian2 berkaitan bagi menolong rakyat yg benar2 memerlukan.Golongan korporat menjadi keparat.Memberi bantuan kepada yg kaya.Golongan2 menteri mempunyai gaji serta elaun yg banyak tetapi dimana keprihatinan seorang menteri.

Perjuangan yg sia2 oleh pakcik kerana majoriti rakyat Malaysia kini tertindas.Menteri yg terlibat dgn rasuah ditatang bagai minyak yg penuh.Menteri yg tak bermoral di jaga.Samseng berleluasa dlm bn.Ulamak diikat,disekat berbicara tentang kebenaran.Suara rakyat digam.ISA masih lagi menjadi senjata utama.
Nak tegur pemimpin dgn cara apa?Pemimpin buat salah tidak didakwa.Sebaliknya orang yg membuat laporan polis yg kena dakwa.Polis masih lagi menjadi alat utk kepentingan mereka.

Mereka dengan slogan yg manis dibibir.Utamakan rakyat.Semuanya haprak.

Pakcik,makcik,abang,kakak dan adi2 sekelian .Sedarlah.Pemimpin yg menipu dan zalim kepada rakyat dan ulamak hendaklah di tentang.

SALAM

Thursday, May 7, 2009

7 MEI HITAM dan MANIS

Hari ini dalam sejarah. 07 Mei 2009

Hari ini berlakunya sejarah hitam buat MALAYSIA.Peristiwa ketamakan BN merampas DUN Perak.2 MB dan 2 SPEAKER.

Hari ini juga 07 Mei 2009 hari manis buat aku kerana aku menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke 14.

Disebabkan krisis politik yg berlaku di Perak buat aku terlupa .Ya aku orang Perak. Bahawasanya hari ini masjid yg aku bina hari ini telah mencapai usia genap yg ke 14.Nasib baik isteri aku ucapkan kata2 manis melalui khidmat pesanan ringkas.Jadi masih belum terlambat utk aku meraikannya bersama keluarga.

Bulan depan awal Jun isteri aku bakal melahirkan anak yg ke 6.Aku berdoa agar beliau selamat
melahirkan zuriat.Aku bermohon pada mu ya Allah agar kami sekeluarga mendapat keredhaan mu.Ya Allah selamatkan umat-umat Islam dan rakyat Malaysia dari kezaliman manusia durjana yg merosakkan muka bumi mu ya Allah.

Amin.Ya Rabbal A'lamin.

Saturday, May 2, 2009

Mangkuk Ayun Punye Polis

Luahan perasaan:
Aku memang pantang bila pekerja polis buat hal.Apa tak cukup ke gaji tu?Tiap2 tahun bila 'budget' baru pekerja polis mesti dapatnye.Lain le mcm aku pekerja kilang nih.Langsung PM tak peduli.Lantak le apa nak jadi kat kita orang nih.Mangkuk ayun bodoh.Curi kereta!Emm,curi kereta ni kerja sapa?Polis ke penjenayah.Polis siasat dan tangkap penjenayah la.Sambedol.


PEGAWAI POLIS YANG DIGANTUNG TUGAS TERBABIT DENGAN SINDIKET CURI KERETA

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan polis berusia 40-an tahun yang digantung tugas adalah antara enam individu yang ditahan kerana terbabit dengan sindiket curi kenderaan yang beroperasi di sebuah bengkel haram di Jalan Sellathevn, Batu 4, Kampung Jawa, Klang, kelmarin.

Dalam serbuan di bengkel itu, polis Selangor turut menemui semula lima kenderaan curi iaitu tiga lori dan dua kereta yang dilaporkan hilang di beberapa kawasan di sekitar negeri berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan, berkata semua lelaki yang ditahan itu berusia antara 23 dan 45 tahun.

Sementara itu dalam satu kejadian berasingan, seorang ketua polis daerah Johor Bahru Selatan dan keluarganya menjadi mangsa kecurian.

Penolong Persuruhjaya (ACP) Zainuddin Yaacob, bersama isteri dan seorang anak perempuannya mengalami detik mencemaskan apabila rumah mereka di Taman Damansara Aliff di sini dipecah masuk sekumpulan lelaki dipercayai warga Indonesia sebelum ketiga-tiga mangsa diikat dalam bilik berasingan, kira-kira 5.45 pagi kelmarin.

ACP Zainuddin berkata dia sedang tidur seorang diri di bilik belakang kerana pulang lewat daripada bertugas dan tidak mahu mengganggu isterinya yang tidur di bilik utama manakala anaknya di bilik berasingan.

Beliau berkata, dia hanya sedar selepas seorang daripada lelaki itu mengacukan pisau ke lehernya sebelum mengarahkannya jangan membuat bising. Polis sedang menyiasat kejadian itu. -- Harian Metro.


Friday, May 1, 2009

Selamat Semua Pekerja


Hari ini 1 Mei semua org tau adalah hari cuti sempena Hari Pekerja.Oh ya.Hari ini juga adalah hari ulangtahun perkahwinan aku dan isteri yg ke 14 dan juga bakal menimang cahaya mata yg ke 6 awal bulan 6.
Jadi aku mengucapkan dan mendoakan agar kita semua sentiasa tekun dan
tingkatkan semangat dan kualiti kita.

Tema aku "SELAMATKAN PEKERJA"

Aku pula hari ini kena OT sbb aku kena siapkan design mold aku.Kalau tak
nnti aku kena taruk lepas tu sakit telinga dan hati aku kene leter.Syukur Alhamdullilah
bulan depan aku boleh claim OT.

Aku rasa simpati kpd mereka2 yg terpaksa diberhentikan perkhidmatan.Aku pun tak tau
apa jaminan kerajaan kpd nasib pekerja kilang mcm aku dan yg lain2.
Setiap tahun menjelang pembentangan belanjawan takda yg happy buat kami semua.Hanya kakitangan awam dan pencen saja yg dpt menikmati kemudahan.Manakala PDRM pulak asyik nk menghabiskan duit2 pembayar cukai.Tiap2 malam buat road block.Yg jadi mangsa adalah penunggang motosikal terpaksa berhenti dan kena tunjuk lesen,cukai jalan dan semua kena periksa.Bulu hidung pun dia org nk tengok.Apa ke jadah...........

Beban bertambah setaip tahun kerana terpaksa menanggung hutang beban kerajaan yg memerintah Malaysia secara rakus.Pelbagai projek yg dibuat tetapi tidak mendatangkan kemudahan utk rakyat sebaliknya yg untung adalah orang2 yg dapat projek saja.Yg bagi projek pulak emm tak tau le aku.

Aku tak tau apa menteri buat untuk mengurangkan beban pekerja swasta dan rakyat. Slogan Najib 'satu Malaysia' dan rakyat didahulukan tetapi hanya ungkapan semata.Rakyat tetap juga "diakhirkan"(you are still the last).Rakyat yg didahulukan adalah mereka yg bergelar kontaktor dan datuk2 saja.

Wahai PM tolong le bangun dari mimpi kamu.Tilam kamu empuk.Rumah kamu besar.Isteri kamu besar.Kekakayan kamu berlimpah ruah.Adakah kamu sedar raktat kamu masih ada yg tinggal dlm pondok usang.Makan tidak menentu.



( MAHLIGAI RAKYAT - RUPIAH=BERJUTA)



(MAHLIGAI PM - RM=BERJUTA)

Apa yg kamu impikan jawatan dahpun kau dapat.Jadi jalankan tanggungjawab kamu sebagai PM penuh amanah iaitu amanah yg Allah SWT berikan kpd kamu.Kekayaan kamu hanya sementara.Esok lusa kita tau tau nasib kita.
Kamu ada otak,kamu fikir dengan akal yg waras.Jangan nafsu kamu gunakan sebagai pegangan.
Tak tau, belajar jangan sombong.Bertaubat sekiranya kamu rasa banyak buat dosa.Kalau takda takpa le.

Sekiranya kamu tidak menjalankan amanah dgn adil maka kamu akan dihina hingga selama-lamanya.