Hijriah Hari Ini

Saturday, May 2, 2009

Mangkuk Ayun Punye Polis

Luahan perasaan:
Aku memang pantang bila pekerja polis buat hal.Apa tak cukup ke gaji tu?Tiap2 tahun bila 'budget' baru pekerja polis mesti dapatnye.Lain le mcm aku pekerja kilang nih.Langsung PM tak peduli.Lantak le apa nak jadi kat kita orang nih.Mangkuk ayun bodoh.Curi kereta!Emm,curi kereta ni kerja sapa?Polis ke penjenayah.Polis siasat dan tangkap penjenayah la.Sambedol.


PEGAWAI POLIS YANG DIGANTUNG TUGAS TERBABIT DENGAN SINDIKET CURI KERETA

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan polis berusia 40-an tahun yang digantung tugas adalah antara enam individu yang ditahan kerana terbabit dengan sindiket curi kenderaan yang beroperasi di sebuah bengkel haram di Jalan Sellathevn, Batu 4, Kampung Jawa, Klang, kelmarin.

Dalam serbuan di bengkel itu, polis Selangor turut menemui semula lima kenderaan curi iaitu tiga lori dan dua kereta yang dilaporkan hilang di beberapa kawasan di sekitar negeri berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan, berkata semua lelaki yang ditahan itu berusia antara 23 dan 45 tahun.

Sementara itu dalam satu kejadian berasingan, seorang ketua polis daerah Johor Bahru Selatan dan keluarganya menjadi mangsa kecurian.

Penolong Persuruhjaya (ACP) Zainuddin Yaacob, bersama isteri dan seorang anak perempuannya mengalami detik mencemaskan apabila rumah mereka di Taman Damansara Aliff di sini dipecah masuk sekumpulan lelaki dipercayai warga Indonesia sebelum ketiga-tiga mangsa diikat dalam bilik berasingan, kira-kira 5.45 pagi kelmarin.

ACP Zainuddin berkata dia sedang tidur seorang diri di bilik belakang kerana pulang lewat daripada bertugas dan tidak mahu mengganggu isterinya yang tidur di bilik utama manakala anaknya di bilik berasingan.

Beliau berkata, dia hanya sedar selepas seorang daripada lelaki itu mengacukan pisau ke lehernya sebelum mengarahkannya jangan membuat bising. Polis sedang menyiasat kejadian itu. -- Harian Metro.


No comments: