Hijriah Hari Ini

Thursday, July 9, 2009

13th Floor - KLCC: Misteri

JANGAN SELALU OVER TIME .............

Baik-baik bila pergi ke KLCC..bawa kawan jangan sorang-sorang
Kisah benar yang mengerikan lagi menyeramkan ini terjadi
kepada seorang staff lelaki yang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC.
Pada hari tersebut (hari khamis malam jum'at) beliau ada membuat
OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam
sendirian....Sampai di depan lif, dia pun tekan tombol untuk turun.
kemudian,pintu lift terbuka tanpa ada siapa2 didalamnya... Dia masuk dan tekan tombol "G" untuk ke Ground floor.


Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke
atas. Ketika sampai ditingkat 59 lift tersebut berhenti.
Dan pintu lif terbuka kemudian masuklah seorang perempuan yang
kelihatan sungguh cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis.
Dia tak pernah melihatnya sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun
masuk dan berdiri dibelakangnya. Dia tertanya-tanya didalam hatinya...
siapa perempuan itu,dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah. Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah. Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat
kesatu tingkat.

Tiba di tingkat 13, lampu lift padam dan lift terhenti
seketika dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu
hidungnya .. bulu romanya tiba-tiba saja merinding ... dia pun mula
membaca ayat-ayat suci yang terlintas di-ingatannya sambil
memberanikan diri dan menoleh kebelakang setelah lampu lift menyala.

Tiba-tiba saja, perempuan yang berada belakangnya ketawa ......... dan
segera berkata........



"Maaf ya.... saya kentut.... Anda tidak marah kan?"

KENTUT Itu Membahagiakan! Setuju ??


Jarang sekali kita dengar pompuan kentut kuat kuat terutamanya bila
tengah keluar dengan lelaki. Mereka sanggup tahan kentut sampai biru biru
muka semata mata tak mau kentut depan teman lelaki mereka. Padahal,
lelaki sikit pun tak kisah jika pompuan terkentut. Adat la tuh dah nak
terkentut. Paling kurang lelaki akan berkata "Eh! Makan apa kentut busuk
dan kuat sangat nih???" Dan secara otomatik lelaki dan pompuan tadi akan
ketawa bersama sama. Ini akan menjadikan hubungan mereka semakin ceria.

Lelaki secara lazimnya terkentut secara tak sengaja. Dan apabila benda ni
terjadi, lelaki dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman
wanitanya bahawa dia terkentut. Dan teman wanita secara spontan akan
berkata "Tak senonoh la." sambil mengejek manja teman lelakinya itu. Dan
lihatlah betapa harmoninya hubungan mereka.

Jika dahulu pompuan asyik menahan kentut ketika bersama teman lelakinya,
namun kini pompuan dengan beraninya memberitahu lelaki bahawa dia nak
terkentut. Pendek kata, kentut mintak izin. Tengok.bagaimana kentut
mendidik pompuan supaya menjadi begitu tertib. Dan hubungan mereka secara
tak langsung akan bertambah baik.

Jika dahulu pompuan berkata perbuatan teman lelakinya yang asyik
terkentut sesuatu perbuatan yang tak senonoh, namun kini dia semakin
mengaguminya dan semakin menghormati.kerana itu adalah trademark teman
lelakinya. Mana nak jumpa dah lelaki camtu.

Akhir sekali, jangan sesekali malu jika anda terkentut ketika anda
berkunjung ke rumah dan menemui ahli keluarga pasangan anda. Ini kerana
jika anda terkentut, ahli keluarga pasangan anda akan gelakkan anda
secara beramai ramai. Secara tak langsung, ini akan mengeratkan hubungan
anda bersama bakal bakal ahli keluarga anda.

Kesimpulan:
Kentut itu membahagiakan. .anda setuju???