Hijriah Hari Ini

Thursday, November 13, 2008

Ikan Patin Masak Tempoyak



Ikan Patin Masak Tempoyak.

Memang best sgt menu ni.Kalau makan kat luar nmpk je menu ni walaupun perut aku dah kenyang tp aku mesti try.Kuah dia mesti banjir.Abis je nasi last sekali aku mesti hirup angkat pinggan le sekali.

Mak dan kakak aku kalau aku balik ipoh dia orang mesti masak gulai tempoyak tapi bukan ikan patin la.Pegi beli kat pasar Super Kinta cari ikan keli lepas tu tauge kasar.Tak pakai timun.Memang favourite aku kat ipoh.Tapi kalau kt tempat lain rata-rata aku pegi semua masak tempoyak dengan ikan patin le.Tapi tak pe sebab tempoyak kegilaan aku.

Kalau kat rumah aku pulak isteri aku masak tempoyak dengan ikan tilapia merah saiz besar.Sekor je dah dekat 1/2 kilo.Untuk aku isteri aku masak 2 ekor ikan tilapia dan untuk anak-anak aku buat ikan bakar je.

Resepi aku tak tau.Tak belajar lagi.Tapi aku suka kalau timun tu masak sampai lembik le.
Sedap dimakan panas dengan nasi putih campur dengan ulam-ulam (petai ke), amat menyelerakan, citarasa aku leeeeeeeeeeeeeeeeeee.

Selamat mencuba.

Tambahan:

Tempoyak biarlah yang 5 hari diperam baru sedap.Tempoyak yang sedap durian yang sedap dimakan.Jangan buat tempoyak dari durian yang busuk.

Kalau buat tempoyak mentah guna tempoyak baru.Memang A+.


Wassalam.

2 comments:

albanjari said...

sedappp nyerr ..yeop! Adusss! cakor dinding teman ngoper ini..maner nak caghee..ek !

Muhammad Azli Shukri said...

kalau ditaruh dengan ikan pekasam atau ikan masin lagi menyelerakan ni.