Hijriah Hari Ini

Thursday, July 9, 2009

13th Floor - KLCC: Misteri

JANGAN SELALU OVER TIME .............

Baik-baik bila pergi ke KLCC..bawa kawan jangan sorang-sorang
Kisah benar yang mengerikan lagi menyeramkan ini terjadi
kepada seorang staff lelaki yang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC.
Pada hari tersebut (hari khamis malam jum'at) beliau ada membuat
OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam
sendirian....Sampai di depan lif, dia pun tekan tombol untuk turun.
kemudian,pintu lift terbuka tanpa ada siapa2 didalamnya... Dia masuk dan tekan tombol "G" untuk ke Ground floor.


Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke
atas. Ketika sampai ditingkat 59 lift tersebut berhenti.
Dan pintu lif terbuka kemudian masuklah seorang perempuan yang
kelihatan sungguh cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis.
Dia tak pernah melihatnya sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun
masuk dan berdiri dibelakangnya. Dia tertanya-tanya didalam hatinya...
siapa perempuan itu,dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah. Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah. Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat
kesatu tingkat.

Tiba di tingkat 13, lampu lift padam dan lift terhenti
seketika dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu
hidungnya .. bulu romanya tiba-tiba saja merinding ... dia pun mula
membaca ayat-ayat suci yang terlintas di-ingatannya sambil
memberanikan diri dan menoleh kebelakang setelah lampu lift menyala.

Tiba-tiba saja, perempuan yang berada belakangnya ketawa ......... dan
segera berkata........



"Maaf ya.... saya kentut.... Anda tidak marah kan?"

KENTUT Itu Membahagiakan! Setuju ??


Jarang sekali kita dengar pompuan kentut kuat kuat terutamanya bila
tengah keluar dengan lelaki. Mereka sanggup tahan kentut sampai biru biru
muka semata mata tak mau kentut depan teman lelaki mereka. Padahal,
lelaki sikit pun tak kisah jika pompuan terkentut. Adat la tuh dah nak
terkentut. Paling kurang lelaki akan berkata "Eh! Makan apa kentut busuk
dan kuat sangat nih???" Dan secara otomatik lelaki dan pompuan tadi akan
ketawa bersama sama. Ini akan menjadikan hubungan mereka semakin ceria.

Lelaki secara lazimnya terkentut secara tak sengaja. Dan apabila benda ni
terjadi, lelaki dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman
wanitanya bahawa dia terkentut. Dan teman wanita secara spontan akan
berkata "Tak senonoh la." sambil mengejek manja teman lelakinya itu. Dan
lihatlah betapa harmoninya hubungan mereka.

Jika dahulu pompuan asyik menahan kentut ketika bersama teman lelakinya,
namun kini pompuan dengan beraninya memberitahu lelaki bahawa dia nak
terkentut. Pendek kata, kentut mintak izin. Tengok.bagaimana kentut
mendidik pompuan supaya menjadi begitu tertib. Dan hubungan mereka secara
tak langsung akan bertambah baik.

Jika dahulu pompuan berkata perbuatan teman lelakinya yang asyik
terkentut sesuatu perbuatan yang tak senonoh, namun kini dia semakin
mengaguminya dan semakin menghormati.kerana itu adalah trademark teman
lelakinya. Mana nak jumpa dah lelaki camtu.

Akhir sekali, jangan sesekali malu jika anda terkentut ketika anda
berkunjung ke rumah dan menemui ahli keluarga pasangan anda. Ini kerana
jika anda terkentut, ahli keluarga pasangan anda akan gelakkan anda
secara beramai ramai. Secara tak langsung, ini akan mengeratkan hubungan
anda bersama bakal bakal ahli keluarga anda.

Kesimpulan:
Kentut itu membahagiakan. .anda setuju???

Monday, May 11, 2009

Pak Cik Yg Tertipu

(NAJIB dipeluk warga emas, Hamzah Bakar, 74, ketika tiba pada Mesyuarat Kelompok Cawangan Umno Bahagian Pekan, semalam.)

(Najib mahu perubahan ikut persekitaran politik semasa :PM

PEKAN: Umno perlu membuat perubahan dalam pendekatan berpolitik untuk terus kekal relevan dan mendapat sokongan rakyat, terutama di kalangan generasi muda pasca kemerdekaan, kata Datuk Seri Najib Razak.)

Pakcik tu masa muda beliau mungkin la agaknya terhutang budi dgn Tun Abd Razak kut.Tu yg peluk anak Tun sambil muncung agak panjang.
Wahai pakcik,perjuangan ubn telah lama terpesong.Mereka hanya mementingkan harta kekayaan memihak kepada mereka saja.Golongan pekerja kilang,penoreh getah,petani,nelayan masih tidak terbela.Rakyat yg miskin terpaksa meminta bantuan.Apakah fungsi kementerian2 berkaitan bagi menolong rakyat yg benar2 memerlukan.Golongan korporat menjadi keparat.Memberi bantuan kepada yg kaya.Golongan2 menteri mempunyai gaji serta elaun yg banyak tetapi dimana keprihatinan seorang menteri.

Perjuangan yg sia2 oleh pakcik kerana majoriti rakyat Malaysia kini tertindas.Menteri yg terlibat dgn rasuah ditatang bagai minyak yg penuh.Menteri yg tak bermoral di jaga.Samseng berleluasa dlm bn.Ulamak diikat,disekat berbicara tentang kebenaran.Suara rakyat digam.ISA masih lagi menjadi senjata utama.
Nak tegur pemimpin dgn cara apa?Pemimpin buat salah tidak didakwa.Sebaliknya orang yg membuat laporan polis yg kena dakwa.Polis masih lagi menjadi alat utk kepentingan mereka.

Mereka dengan slogan yg manis dibibir.Utamakan rakyat.Semuanya haprak.

Pakcik,makcik,abang,kakak dan adi2 sekelian .Sedarlah.Pemimpin yg menipu dan zalim kepada rakyat dan ulamak hendaklah di tentang.

SALAM

Thursday, May 7, 2009

7 MEI HITAM dan MANIS

Hari ini dalam sejarah. 07 Mei 2009

Hari ini berlakunya sejarah hitam buat MALAYSIA.Peristiwa ketamakan BN merampas DUN Perak.2 MB dan 2 SPEAKER.

Hari ini juga 07 Mei 2009 hari manis buat aku kerana aku menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke 14.

Disebabkan krisis politik yg berlaku di Perak buat aku terlupa .Ya aku orang Perak. Bahawasanya hari ini masjid yg aku bina hari ini telah mencapai usia genap yg ke 14.Nasib baik isteri aku ucapkan kata2 manis melalui khidmat pesanan ringkas.Jadi masih belum terlambat utk aku meraikannya bersama keluarga.

Bulan depan awal Jun isteri aku bakal melahirkan anak yg ke 6.Aku berdoa agar beliau selamat
melahirkan zuriat.Aku bermohon pada mu ya Allah agar kami sekeluarga mendapat keredhaan mu.Ya Allah selamatkan umat-umat Islam dan rakyat Malaysia dari kezaliman manusia durjana yg merosakkan muka bumi mu ya Allah.

Amin.Ya Rabbal A'lamin.

Saturday, May 2, 2009

Mangkuk Ayun Punye Polis

Luahan perasaan:
Aku memang pantang bila pekerja polis buat hal.Apa tak cukup ke gaji tu?Tiap2 tahun bila 'budget' baru pekerja polis mesti dapatnye.Lain le mcm aku pekerja kilang nih.Langsung PM tak peduli.Lantak le apa nak jadi kat kita orang nih.Mangkuk ayun bodoh.Curi kereta!Emm,curi kereta ni kerja sapa?Polis ke penjenayah.Polis siasat dan tangkap penjenayah la.Sambedol.


PEGAWAI POLIS YANG DIGANTUNG TUGAS TERBABIT DENGAN SINDIKET CURI KERETA

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan polis berusia 40-an tahun yang digantung tugas adalah antara enam individu yang ditahan kerana terbabit dengan sindiket curi kenderaan yang beroperasi di sebuah bengkel haram di Jalan Sellathevn, Batu 4, Kampung Jawa, Klang, kelmarin.

Dalam serbuan di bengkel itu, polis Selangor turut menemui semula lima kenderaan curi iaitu tiga lori dan dua kereta yang dilaporkan hilang di beberapa kawasan di sekitar negeri berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan, berkata semua lelaki yang ditahan itu berusia antara 23 dan 45 tahun.

Sementara itu dalam satu kejadian berasingan, seorang ketua polis daerah Johor Bahru Selatan dan keluarganya menjadi mangsa kecurian.

Penolong Persuruhjaya (ACP) Zainuddin Yaacob, bersama isteri dan seorang anak perempuannya mengalami detik mencemaskan apabila rumah mereka di Taman Damansara Aliff di sini dipecah masuk sekumpulan lelaki dipercayai warga Indonesia sebelum ketiga-tiga mangsa diikat dalam bilik berasingan, kira-kira 5.45 pagi kelmarin.

ACP Zainuddin berkata dia sedang tidur seorang diri di bilik belakang kerana pulang lewat daripada bertugas dan tidak mahu mengganggu isterinya yang tidur di bilik utama manakala anaknya di bilik berasingan.

Beliau berkata, dia hanya sedar selepas seorang daripada lelaki itu mengacukan pisau ke lehernya sebelum mengarahkannya jangan membuat bising. Polis sedang menyiasat kejadian itu. -- Harian Metro.


Friday, May 1, 2009

Selamat Semua Pekerja


Hari ini 1 Mei semua org tau adalah hari cuti sempena Hari Pekerja.Oh ya.Hari ini juga adalah hari ulangtahun perkahwinan aku dan isteri yg ke 14 dan juga bakal menimang cahaya mata yg ke 6 awal bulan 6.
Jadi aku mengucapkan dan mendoakan agar kita semua sentiasa tekun dan
tingkatkan semangat dan kualiti kita.

Tema aku "SELAMATKAN PEKERJA"

Aku pula hari ini kena OT sbb aku kena siapkan design mold aku.Kalau tak
nnti aku kena taruk lepas tu sakit telinga dan hati aku kene leter.Syukur Alhamdullilah
bulan depan aku boleh claim OT.

Aku rasa simpati kpd mereka2 yg terpaksa diberhentikan perkhidmatan.Aku pun tak tau
apa jaminan kerajaan kpd nasib pekerja kilang mcm aku dan yg lain2.
Setiap tahun menjelang pembentangan belanjawan takda yg happy buat kami semua.Hanya kakitangan awam dan pencen saja yg dpt menikmati kemudahan.Manakala PDRM pulak asyik nk menghabiskan duit2 pembayar cukai.Tiap2 malam buat road block.Yg jadi mangsa adalah penunggang motosikal terpaksa berhenti dan kena tunjuk lesen,cukai jalan dan semua kena periksa.Bulu hidung pun dia org nk tengok.Apa ke jadah...........

Beban bertambah setaip tahun kerana terpaksa menanggung hutang beban kerajaan yg memerintah Malaysia secara rakus.Pelbagai projek yg dibuat tetapi tidak mendatangkan kemudahan utk rakyat sebaliknya yg untung adalah orang2 yg dapat projek saja.Yg bagi projek pulak emm tak tau le aku.

Aku tak tau apa menteri buat untuk mengurangkan beban pekerja swasta dan rakyat. Slogan Najib 'satu Malaysia' dan rakyat didahulukan tetapi hanya ungkapan semata.Rakyat tetap juga "diakhirkan"(you are still the last).Rakyat yg didahulukan adalah mereka yg bergelar kontaktor dan datuk2 saja.

Wahai PM tolong le bangun dari mimpi kamu.Tilam kamu empuk.Rumah kamu besar.Isteri kamu besar.Kekakayan kamu berlimpah ruah.Adakah kamu sedar raktat kamu masih ada yg tinggal dlm pondok usang.Makan tidak menentu.



( MAHLIGAI RAKYAT - RUPIAH=BERJUTA)



(MAHLIGAI PM - RM=BERJUTA)

Apa yg kamu impikan jawatan dahpun kau dapat.Jadi jalankan tanggungjawab kamu sebagai PM penuh amanah iaitu amanah yg Allah SWT berikan kpd kamu.Kekayaan kamu hanya sementara.Esok lusa kita tau tau nasib kita.
Kamu ada otak,kamu fikir dengan akal yg waras.Jangan nafsu kamu gunakan sebagai pegangan.
Tak tau, belajar jangan sombong.Bertaubat sekiranya kamu rasa banyak buat dosa.Kalau takda takpa le.

Sekiranya kamu tidak menjalankan amanah dgn adil maka kamu akan dihina hingga selama-lamanya.

Friday, April 24, 2009

RM 31 JUTA belanja polis

Apa pasal le nak belanja polis sampai RM 31 juta utk 5 prk?Ni dah melampau.Ada rusuhan ke semasa pilihanraya?Malaysia ni nmpknya dah tk aman.
Aku nak tanya pada mereka2 yg mengendalikan pilihanraya ni.Ada tk korang guna duit cukai yg aku bayar tiap2 tahun tu utk belanja polis makan ke,ronda2 ke,pancut air kt orang ke atau mcm2 lg lah?Tak kira le.Kalau korang ada gunakan utk tujuan memenangkan UBN memang aku jatuhkan hukumnya haram.
Sebab tugas polis bukan utk memenangkan UBN dan bukan juga menjaga perut2 pak menteri tapi mesti atau wajib la jaga kepentingan rakyat dan tangkap perasuah tu laaaaaaaaaaaaaa.

Cuba korang tengok gambar kat sebelah ni.Cuba kira.Kebajikan pekerja kilang langsung korang tak kaji ke pak menteri yg melayu tu.
Jadi kpd mereka2 jgn anggap korang gunakan wang rakyat tu selamat.Bersiap le jawapan apa nak jawab dengan malaikat nnti.
BANGGGGGGGGGGGG kena BELASAHHHHHHHH.
"ADOI MAKKKKKKK !!!!!SAKITTTTTTTTTT"
"TOLONG AKU MAK"
"AKU DAH BERSUBAHAT DENGAN PAK2 MENTERI TUH"
"YA ALLAH,AMPUNNNNNNNNNNN""""""""""""""""''

BANGGGGGGGGGGGGGG.KENA LAGI.

''TOLONGGGGGGGGGGGGGGGGGGG"
Namun tiada siapa yg dapat menolong kamu......................




Bila berjalan di kaki lima,
cari le apa yg patut......

Friday, April 10, 2009

Kenapa dicemuh kpd yg mencuba memahami Islam


Membuat laporan polis satu tindakan yg amat malang sekali.Kenapa tidak ditarbiyahkan mereka2 yg masih tidak memahami Islam.Fahami mereka yg agaknya belum'akli baligh' tentang indahnya Islam.Sedangkan yahudi telah mengkaji Quran dari dulu lagi utk menyelongkar mukjizat yg terkandung didlm kitab Al-Quran dan supaya mereka mendapat yg terbaik.
Mengaku diri Islam tetapi membuat perkara yg dilarang.Apa ini semua?

Nik Aziz suka Nga kenali Islam
Apr 10, 09 2:50pm
Mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan exco kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran semasa berceramah dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang minggu lalu sebagai percubaan mengenali Islam melalui pembacaan kitab suci itu.

Sehubungan itu, kata menteri besar Kelantan, beliau terharu dengan keluhan Nga yang juga ahli parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, yang amat kesal "kerana apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang".
Sebelum ini beberapa laporan polis dibuat terhadap Nga, termasuk Badan Bertindak Perpaduan Melayu, kerana didakwa mempersendakan Islam apabila setiausaha DAP Perak itu menggunakan ayat al-Quran dalam ceramahnya sewaktu kempen dalam pilihanraya kecil kerusi parlimen tersebut.
Dalam laporannya itu, presiden NGO Osman Abu Bakar mendakwa Nga mempersendakan Islam dengan menyebut ayat al-Quran daripada surah Al-A'raf untuk tujuan kempen dan menyebut kalimah tersebut secara tidak betul.
(Kalau ko handal sgt ajarlah mereka2 bagaimana utk membaca dgn betul)
Beliau mendakwa Nga menyebut Surah Al-A'raf sebagai Al-Aurah dalam ceramah tersebut.

"Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati Yang Berhormat (Nga)," tegas Nik Aziz dalam surat terbukanya berhubung isu tersebut.

"Mudah-mudahan dengan sikap 'tidak mesra Umno' dan pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran bukan Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas," tambahnya.Nik Aziz juga berkata beliau mempunyai impian bahawa dalam tempoh tidak berapa lama lagi.
(sesuatu maksud yg mendalam.Adakah kita akan ..................Semoga Allah mengasihi Insan ini)
"Mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi qari, ustaz, khatib dan imam di seluruh negara," tegasnya.


Menurutnya, Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul memusnahkan tamadun Islam di Kota Baghdad tetapi kerosakan tersebut sempat ditebus semula melalui cucunya Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya.

Maka Nik Aziz mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara ini melalui kaedah dan insiden yang hampir sama.

'Mudah-mudahan YB-lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

"Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana.

"Tajuk-tajuk seperti 'di mana tak kenanya Islam' atau 'apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam' bolehlah difikirkan," katanya.

Manakala anggota panel, tambahnya, boleh dipilih daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan juga pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas.

"Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid, surau, kuil, dewan-dewan perhimpunan, di universiti- universiti, baik di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) atau institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

"Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB (Nga). Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini.

"Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana," tambah tokoh PAS itu.

C4,Wajah Sirul dan Azilah.

C4 yg digunakan utk meletupkan orang supaya dot,dot,dollllllllll
Lakaran Azilah dan Sirul.
Lakaran didalam mahkamah
Pandangan sisi je
Tengah rukuk ke?
Bersalah tapi cool je ko Sirul.
Lakaran Azilah pandangan sisi

Lakaran pandangan hadapan Azilah

Kartun je.
Agaknya kenapa ahli keluarga Sirul dan Azilah langsung tak ambil peduli?Tak kesian ke anak mereka dihukum gantung? Masalah mental ke dia orang ni bunuh awek mongol ni tanpa sebab.Apa salah awek tu kat dia orang berdua ni.Nak tutup cerita kat dunia memang boleh tapi jawab le kat padang masyar.Akan senangkah hidup kalian kalian kelak walaupun identiti korang berubah jadi Siku dan Azira ke atau sape2lah yg korang nak jadi............. Kalau la dia org jln kat mana ke memang tak perasannya.








Thursday, March 26, 2009

Gaji Pengerusi SYABAS RM425,000 sebulan???


Gaji Pengerusi SYABAS RM 425,000 sebulan???...WOW!!!!!!

Gaji Pengerusi Syabas RM425,000 sebulan, mampu tampung bil air rakyat
Azamin Amin Fri Mar 13, 09 2:58:08 pm MYT


KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Dewan Rakyat kelmarin menjadi sedikit 'riuh' apabila diberitahu bahawa gaji Pengerusi Syabas Tan Sri Razali Ismail sejumlah RM5.1 juta setahun.

Perkara ini diungkap kembali oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan 2009 yang dalam masa yang sama menjawab soalan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo' Lo' Ghazali berhubung gaji dan elaun pengurus atau pengarah GLC.
"Apa dan mengapa nak dirahsiakan gaji GLC ini? Gaji syarikat boleh dibuka. Oleh sebab itu seperti mana yang saya sebutkan tadi, keadaan di Syarikat Bekalan Air Selangor bila tanggungan begitu bila sudah naikkan beban bagi rakyat, baru kita tahu rupa-rupanya pengurusnya RM5.1 juta.
"Itu basic belum lagi elaun-elaun tambahan. Ini keterlaluan kalau dibiarkan keadaan begitu," kata Anwar.
Sementara itu turut menarik perhatian ahli-ahli dewan ialah Zulkifli Noordin(KeADILan -Kulim Bandar Baharu) yang membuat pecahan kiraan gaji pengerusi syarikat air itu yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat.
"Saya buat 'simple calculation' ini. Pada gaji RM5.1 juta setahun, bermakna gaji beliau RM425,000 sebulan. Satu hari, gaji dia RM14,166... Satu jam gaji dia RM1,770. Satu minit, dia dibayar RM29.51...

(Sekarang ni ramai yg dah diberhentikan kerja.Gaji = kosong la.Ada juga gaji mereka dipotong.Sepatutnya gaji2 pengerusi2 GLC sepatutnya dikuarangkan bagi mengimbangi kesan ekonomi sekarang)


Kata Zulkifli gaji beliau itu boleh membayar gaji 34 Ahli Parlimen sebulan ataupun boleh membayar 425 anggota polis dengan gaji RM1,000 sebulan.
"Bermakna lima unit FRU boleh ditanggung dengan gaji beliau... ataupun kalau bil air... RM100 sebulan, boleh membayar 4,250 rumah atau kalau bil air itu RM50, boleh bayar 8,500 sebulan," katanya yang menyebabkan ramai ahli parlimen ketawa dan cuba mencelah. - azm_

Rompakan-berhati2 bila nak masuk rumah

Suasana dah tak aman lagi.Walaupun kita berada dlm rumah tapi perompak lebih berani dan nampak gayanya lebih mudah tanpa perlu memecahkan rumah utk masuk merompak.Mereka agaknya sudah lama memerhatikan kita dan membuat perancangan.

Tonton video ini dan beri perhatian dan kesimpulannya beritahu semua orang termasuk keluarga kita supaya berwaspada.....................Moga ianya dpt memberi pedoman dan pengajaran.

Persoalannya.....

Dimanakah pihak polis pada ketika ini?Adakah mereka memberi khidmat yg lebih pada parti2 politik?Adakah mereka sibuk mengekori aktivis2 jalanan?Malam tadi sewaktu menonton berita tv3 slot akhir pihak polis telah mendapat kereta peronda mitsubishi yg baru yg dirasmikan oleh Pak Lah.Berkhidmat utk rakyat atau berkhimat untuk vip saja?Atau hanya ingin berbangga dengan kereta baru?

Entahlah.Tanggonglah sendiri...........

Saturday, March 21, 2009

Jika Wanita Diumpamakan Ikan............

Jika Wanita diumpamakan Ikan, kategori ikan apakah yang jadi favorite anda?

1) IKAN SALMON

Bentuknya OK, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan. Tapi sayangnya mahal, soalnya masih boleh diimport. Sesuai… ada nilai, ada kualiti….INI WANITA BERKERJAYA.....

2) IKAN AROWANA

Kalo yang ini kalau di aquarium memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai dan memancing mata.. nakal melihatnya di manapun dia bergaya..... So pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya.... INI PERAGAWATI, CELEBRITY or keatas........

3) IKAN MAS KOKI

Ini jenis ikan lumayan mahal, indah bentuknya, warnanya, dan lenggak- lenggoknya. Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi, tak boleh dimakan, kerana termasuk kategori ikan hiasan..... INI BINI ORANG.......

4) IKAN BANDARAYA

Jenis ini murah dan selalu menempel di kaca aquarium. Kalo sudah menempel, susah sgt nk lepaskannya.... mcm gam...INI AWEK ALIM, ANAK USTAD nii.......


5) IKAN KELI

Kalo yang ini harganya murah, bisa dimakan dimana saja. Banyak dijual di tepi jalan, harus hati-hati.INI AWEK TEPI JALAN........


6) IKAN BILIS

Bentuk dan rasanya gitu- gituuu... saja. Selalu sedap dimakan kalau tidak ada sayur atau tidak ada lauk yang lain.... INI BINI SENDIRI....

Saturday, March 7, 2009

Perempuan Dalam Politik




Di bawah ini senarai 3 perempuan yang terlibat dalam politik secara serius yang paling cun dan anggun.










Yulia Tymoshenko.Dia ni PERDANA MENTERI UKRAINE.Umur sekarang dah 48 tahun.






Queen Rania of JordanIsteri kepada Raja Jordan sekarang,seorang pejuanghak asasi manusia






Maria Rosaria CarfagnaItalian Minister of Equal OpportunityBerumur 33 tahun












Dan yang kat Malaysia pulak















Duit dah berlambak,takkan la membership gym pun takleh nak apply.Beli aje la I-Gallop ke,duduk la atas tu sejam dua.Baru la sejuk sket mata memandang.Hati rakyat dah panas (marah),appearance tu bagi la indah sket (berserabai aje)









Nasib baik la Ada Nurul Izzah






Baru la sejuk sket mata memandang