Hijriah Hari Ini

Monday, November 3, 2008

Koleksi gambar2 raya-RNK SATE(10/10/08)


Ini gambar keluarga Zull.Pehhhhhhh satu seragam. Emm rasanya ada penambahan ahli baru.Tapi lupe nak tanya bulan berapa nak sambut.


Ini pulak Janggut dengan bini dia le. Ada ura2 nak buka c.......n.Tapi...............

Anak2 aku yg pakai topi dan baju pink,anak Ajai baju melayu dan anak2 Janggut tengah menongkat dagu baju biru dan baju coklat.

Keluarga Zakry.Baru tiga semua heroin.Mungkin kene tambah lagi sorang nk dptkan hero le pulak.

Wan nama dia ni.Terpaksa datang solo sebab tak dapat nak bawa.Ramai sangat.



Ok.Yang ni serba hitam pulak.Samsool n Norzie.Kalau nak tempah baju,langsir boleh le ode.Harga amat berpatutan.Kasi promote sikit.


Yang ni keluarga Shida dan Sharom.Baru dua orang anak.Tengah dukung tu bongsu tapi abang dia takde kat sini sebab pemalu.

Haaaaaa.Razman n Shamila bersama-sama dengan dua orang putera kesayangan.

Suasana yg agak sesak di bahagian dalam RnK Sate.

Suasana agak sesak juga di bahagian luar.

Bang Rahmat sedang meneliti sate.Dah masak ke belum ni cik Nizam?


Keluarga bang Rahmat.Emm agak ramai juga ye.Semua dah besar.

Keluarga Cik Nizam le.Cik Nizam selaku pengerusi agak sibuk malam tu kerana terpaksa memastikan sate mencukupi bekalannya.

Tenkujuh Naim dan isteri tercinta yg tengah sarat mengandung anak kedua.Yang sulung tiada didalam gambar.

Bang Mazlan n family sedang menikmati hidangan.Errr boleh kunyah ke tu?Gigi dah ok ke?Keluarga ini juga didalam proses penambahan ahli baru.Buat masa ni baru 6 bulan.Rasanya le..........

Abg Din n family yang dah besar panjang.Errr bila nak terima menantu bang?Errr....Insyaallah dalam masa terdekat ni.....jwb abg din dengan muka selamba...heh...heh...heh(gurau je bang ooiii)

Ajai bersama2 dengan keluarga 3 putera seorang puteri.Mana puteri Jai?Abang Long mesti le lain warna kan ayah kan?
Jep n isteri.Makan sate je ke?Alamak ..........sibuk je si Janggut tu.Kacau daun le laki bini nak makan.
Kelihatan Aran terpaksa duduk semeja dengan Jep kerana tak cukup meja.

Berkumpul ramai-ramai setelah selesai makan bersama keluarga masing-masing.Suasana begini jarang dapat dinikmati selalu.Bersembang-sembang santai namanya.
Para-para isteri juga tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan tentang perangai suami masing-masing di tempat kerja.Agaknyelah......
Wahhhhhhhhhh.Romantik Din n Ayu.Nak lentok lebih nanti orang ramai le pulak.Tak pe tunggu malam je lah...........
Keluarga Che Ros dan keluarga Din.Nampak gayanya abg kita ni talipon asyik berbunyi je lah.Ada hal penting ke malam-malam nih?

Keluarga Abe Fadly kite.Keluarga ni juga sedang menunggu kedatangan orang baru.Bila le pulakkkkkkkkkk.Lupa nak tanya.Kelihatan juga cik Wan terpaksa berkongsi meja dengan abe Fadly.
Apa-apa je dia orang ni tunduk ke bawah pulak.Orang lain pun makan sate gak pe.....
Keluarga Azharan yang baru menerima orang baru.Dah selesai makan agaknya.
Akhir sekali keluarga cik Adnan bersama dengan dua orang puteri kesayangan.
Koleksi gambar raya yg telah diadakan di RNK Sate Tasik Jaya.Moga tahun hadapan berkumpul lagi.

No comments: